Mantan Perdana Menteri Robert Fico menang Pilihan Raya Slovakia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: VLADIMIR SIMICEK / AFP)
BRATISLAVA: Mantan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri Social Democratic memenangi Pilihan Raya Parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Selepas hampir 99 peratus undi dikira, parti pembangkang SMER-SSD (Direction - Slovak Social Democracy) memperoleh 23.3 peratus undi, umum suruhanjaya itu pada pagi Ahad (1 Okt).
Keputusan itu membolehkan parti yang diterajui Encik Fico mendahului pencabarnya dari parti Progresivne Slovensko (PS).
PS yang berada di tempat kedua dengan 17 peratus, sebelum ini mendahului dalam tinjauan yang dijalankan.
Kira-kira 68 peratus pengundi keluar mengundi.
Bagaimanapun, tidak mudah bagi SMER membentuk gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk menguasai Parlimen.
Sebelum pilihan raya, Encik Fico mengumumkan mahu menamatkan penghantaran senjata ke negara jiran Ukraine, keputusan yang tidak popular dalam kalangan pengundi.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.