Mantan panglima Tentera Darat Malaysia, isteri didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram lebih RM2.12 juta
Mantan Panglima Tentera Darat (PTD) Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini (22 Jan) atas empat tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta (S$670,000).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Mantan Panglima Tentera Darat (PTD) Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini (22 Jan) atas empat tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta (S$670,000).
Muhammad Hafizuddeain, 58 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat tuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
"Faham tuduhan, minta dibicarakan,” katanya selepas tuduhan dibacakan satu persatu.
Beliau merupakan PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Bagi tuduhan pertama hingga keempat, beliau didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM969,000 (S$306,390), RM474,850 (S$150,140), RM488,550 (S$154,470) dan RM190,000 (S$60,080) yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga bank, melibatkan tiga lokasi berbeza iaitu di Jalan Melaka, Bukit Damansara dan pusat bandar raya di sini antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.
Tuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta (S$1.6 juta) yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Menerusi Ops Parasit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 7 Januari lalu menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.
Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Oktober 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.
Sementara itu pada Khamis lalu, media melaporkan 23 individu, termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan.
ISTERI DIDAKWA TERIMA RM77,000 HASIL AKTIVITI HARAM
Isteri Muhammad Hafizuddeain, Salwani Anuar @ Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 (S$24,350) dua tahun lalu.
Salwani, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat tuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
”Faham (tuduhan), saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas tuduhan dibacakan satu persatu.
Bagi tuduhan pertama hingga keempat, wanita itu didakwa, sebagai pengawal Syarikat Wany Venture, menerima wang hasil daripada aktiviti haram iaitu masing-masing berjumlah RM50,000 (S$15,800), RM7,000 (S$2,210), RM10,000 (S$3,160) dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat tersebut di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.
Tuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/IM/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.