Mantan Naib Presiden Amerika Dick Cheney meninggal dunia pada usia 84 tahun
Dick Cheney, yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat semasa serangan pada 11 September 2001 (9-11), meninggal dunia pada usia 84 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Amerika Syarikat dan kenyataan keluarganya.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Dick Cheney, yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat semasa serangan pada 11 September 2001 (9-11), meninggal dunia pada usia 84 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Amerika Syarikat dan kenyataan keluarganya.
Menurut kenyataan itu, Encik Cheney meninggal dunia pada Isnin (3 Nov) malam akibat komplikasi pneumonia serta penyakit jantung dan vaskular.
Tokoh Republican yang berkhidmat di bawah pentadbiran Presiden Amerika George W. Bush itu dianggap sebagai antara naib presiden paling berpengaruh dalam sejarah Amerika Syarikat.
Encik Cheney, yang dikenali dengan sikap tegas dan serius, dikreditkan oleh ramai pihak sebagai individu penting di sebalik pembentukan dasar bagi pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 2003.
Beliau merupakan tokoh berpengalaman di Washington jauh sebelum dilantik sebagai naib presiden, pernah berkhidmat sebagai Ketua Staf Rumah Putih di bawah Presiden Gerald Ford, kemudian sebagai Ahli Kongres dari Wyoming, serta sebagai Setiausaha Pertahanan di bawah Presiden George H.W. Bush.
“Dick Cheney ialah seorang lelaki hebat dan baik hati yang mengajar anak serta cucunya untuk mencintai negara ini, dan menjalani kehidupan dengan keberanian, kehormatan, kasih sayang, kebaikan dan minat terhadap sukan memancing,” menurut kenyataan keluarganya.
Encik Cheney sebelum ini berbeza pendirian dengan Parti Republican apabila mengkritik Presiden Donald Trump pada 2022, menyifatkannya sebagai “ancaman terhadap republik kita.”

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.