Skip to main content

Dunia

Mantan menteri perdagangan Indonesia dihukum penjara 4.5 tahun atas kes rasuah permit gula

Mahkamah Indonesia pada Jumaat (18 Jul) menjatuhkan hukuman penjara selama 4.5 tahun ke atas mantan menteri perdagangan negara itu kerana memberikan permit import gula secara tidak wajar, yang menurut pihak berkuasa, telah menyebabkan kerugian hampir 600 bilion rupiah (AS$36.84 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan menteri perdagangan Indonesia dihukum penjara 4.5 tahun atas kes rasuah permit gula

Mantan Menteri Perdagangan Indonesia Thomas Trikasih Lembong dalam gambar fail pada 29 Okt 2024. (Gambar fail: Reuters/Antara/Rivan Awal Lingga)

Diterbitkan : 18 Jul 2025 11:05PM Dikemas Kini : 18 Jul 2025 11:08PM
JAKARTA: Mahkamah Indonesia pada Jumaat (18 Jul) menjatuhkan hukuman penjara selama 4.5 tahun ke atas mantan menteri perdagangan negara itu kerana memberikan permit import gula secara tidak wajar, yang menurut pihak berkuasa, telah menyebabkan kerugian hampir 600 bilion rupiah (AS$36.84 juta).

Thomas Trikasih Lembong berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Indonesia pada 2015 dan 2016 di bawah Presiden Joko "Jokowi" Widodo. Setelah dilihat sebagai orang kuat Jokowi, Encik Lembong bertukar menjadi salah seorang pengkritik pemerintah yang paling lantang setelah melepaskan jawatannya.

Para hakim mahkamah di ibu negara Jakarta berkata Encik Lembong, sebagai menteri, didapati bersalah kerana memberikan permit import gula kepada syarikat-syarikat swasta secara tidak wajar apabila Indonesia mempunyai lebihan gula.

Pengeluaran gula Indonesia pada 2015 ialah 2.49 juta tan metrik, manakala penggunaannya adalah 2.12 juta tan metrik. Semasa Pilihan Raya Presiden Indonesia pada tahun lalu, Encik Lembong adalah pengurus kempen bagi calon presiden, Anies Baswedan.

Pilihan raya itu dimenangi oleh Prabowo Subianto, yang disokong oleh Jokowi. Encik Lembong, yang diberkas beberapa hari selepas pelantikan Encik Prabowo tahun lalu, mengumumkan di mahkamah bahawa pendakwaannya disebabkan oleh penglibatannya dalam pihak pembangkang, lapor media tempatan.

Pendakwa raya bagaimanapun menafikan bahawa penangkapannya bermotif politik.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita