Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan menteri kanan M'sia, ahli niaga enggan ulas siasatan kes seleweng dana lebih RM2.3 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan menteri kanan M'sia, ahli niaga enggan ulas siasatan kes seleweng dana lebih RM2.3 bilion

Mantan Menteri Kanan Malaysia Daim Zainuddin (kiri) dan ahli perniagaan Halim Saad (kanan). (Gambar: Malaysiakini)

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kanan Malaysia Daim Zainuddin dan ahli perniagaan Halim Saad tidak menjawab sebarang soalan berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan dana awam bernilai lebih RM2.3 bilion (S$676 juta).

Malaysiakini menghubungi kedua-dua mereka selepas sumber peringkat tinggi dalam suruhanjaya itu mengesahkan bahawa Encik Daim dan Encik Halim sudahpun dipanggil untuk membantu siasatan minggu lalu.

“Mereka ialah Daim dan Halim Saad,” kata sumber itu ketika ditanya siapa “bekas menteri kanan dan ahli perniagaan terkemuka” yang dipanggil SPRM.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mendedahkan butiran lanjut kerana kes itu dianggap "sensitif".

Malaysiakini sudahpun menghubungi pejabat kedua-dua mereka untuk mendapatkan ulasan dan juga mengemukakan beberapa soalan atas permintaan pembantu pejabat Encik Halim.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang maklum balas diberikan.
Jumaat lalu (19 Mei), Bernama melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri atas dakwaan penyelewengan yang berlaku pada 1990-an.

Pada Selasa (23 Mei), portal berita Free Malaysia Today (FMT) tanpa menyebut nama melaporkan dua orang dipanggil lagi untuk disoal siasat SPRM.

Siasatan tertumpu kepada pengambilalihan saham yang melibatkan syarikat tersenarai awam, yang didakwa menyebabkan kegawatan ekonomi Malaysia pada 1990-an.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan