Mantan menteri Israel dipenjara 11 tahun risik untuk Iran
Seorang mantan menteri Israel dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Selasa (26 Feb) kerana melakukan pengintipan untuk musuh negaranya, Iran selepas satu perjanjian rayuan bagi kes itu, menurut pihak pendakwa.
Mantan menteri Israel Gonen Segev. (Gambar: Ronen Zvulun/AFP)
BAITULMAKDIS: Seorang mantan menteri Israel dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Selasa (26 Feb) kerana melakukan pengintipan untuk musuh negaranya, Iran selepas satu perjanjian rayuan bagi kes itu, menurut pihak pendakwa.
Gonen Segev, yang berkhidmat sebagai menteri tenaga dan infrastruktur dari 1995 sehingga 1996, bersetuju dengan tawaran pengakuan bersalah bagi mengurangkan pertuduhan dan hukuman, atas dakwaan pengintipan serius dan memindahkan maklumat kepada pihak musuh.
Perbicaraan mahkamah diadakan secara rahsia disebabkan jenis kesalahan tersebut.
Pendakwa Guela Cohen mengesahkan kepada para wartawan yang berada di luar mahkamah Baitulmakdis bahawa hakim sudah menerima perjanjian rayuan kes itu dan menjatuhkan hukuman.
Segev berkhidmat dengan pemerintah Buruh perdana menteri Yitzhak Rabin setelah berpaling tadah dari haluan kanan ekstrim untuk membuat undian penting yang menyokong perjanjian perdamaian Oslo II dengan rakyat Palestin.
Sebelum ini, dia juga menjalani hukuman penjara atas tuduhan-tuduhan jenayah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.