Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Menteri Ehwal Luar China Qin Gang disingkir susuli hubungan sulit: Laporan

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Ehwal Luar China Qin Gang disingkir susuli hubungan sulit: Laporan

Mantan Menteri Ehwal Luar China Qin Gang menghadiri satu sidang media selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Wopke Hoekstra di Beijing, China pada 23 Mei 2023. (Gambar fail: Reuters/Thomas Peter/Pool)

CHINA: Mantan Menteri Ehwal Luar China Qin Gang, yang disingkirkan daripada jawatannya pada Julai, didapati mengadakan hubungan sulit semasa bertugas sebagai duta ke Amerika Syarikat.

Demikian menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa (19 Sep), memetik individu-individu yang mengetahui tentang maklumat tersebut.

Menurut laporan itu, Encik Qin sedang memberikan kerjasama dalam siasatan, yang tumpuannya kini sudah beralih kepada sama ada hubungan sulit tersebut atau tatalaku Encik Qin menjejas keselamatan negara China.

Para pegawai kanan China diberitahu bahawa satu laporan dalaman Parti Komunis mendapati bahawa Encik Qin mengadakan hubungan sulit sepanjang tempoh bertugas sebagai duta China ke Amerika Syarikat, ia katakan. Dua sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa melahirkan seorang anak di Amerika Syarikat.

Encik Qin diganti oleh seorang diplomat mapan, Wang Yi, pada Julai sebagai menteri ehwal luar selepas ketiadaannya selama sebulan, hampir setengah tahun dalam pekerjaannya.

Beliau merupakan utusan tertinggi China di Washington dari Julai 2022 hingga Januari tahun ini.

WSJ melaporkan bahawa Menteri Ehwal Luar China dan Pejabat Informasi Majlis Negeri tidak memberi respons kepada pertanyaan yang diajukan kepadanya.

 
Sumber : Reuters/SF/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan