Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad bebas kes rasuah RM3 juta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Mantan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa (5 Mac) daripada sembilan tuduhan rasuah bernilai RM3 juta (S$850,000) berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah, lapor Sinar Harian.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Encik Mohd Isa, 75 tahun, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta (S$850,000) berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.
Kesalahan itu dipercayai dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.
Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhi tertuduh hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan, menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta (S$4.8 juta) atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Encik Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 (S$230,000) kepada RM1.5 juta (S$425,000) dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai.
Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara dan denda terhadapnya pada 4 Februari 2021.
Menurut laporan Sinar Harian, mahkamah kemudian menetapkan 28 November tahun lalu untuk keputusan rayuan.
Notis berhubung penetapan tarikh itu dikeluarkan pada 17 Oktober tahun lalu dan diserahkan kepada pihak pembelaan Encik Mohd Isa, Tetuan Salehuddin Saidin & Assoc dan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan ke dua tarikh lain, tarikh berkenaan ditukar sekali lagi ke 6 Mac.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.