Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan menteri beri keterangan berhubung projek tenaga solar sekolah di Sarawak

Seorang mantan menteri yang bergelar ‘Datuk Seri’ dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung projek tenaga suria di sekolah luar bandar di Sarawak.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan menteri beri keterangan berhubung projek tenaga solar sekolah di Sarawak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Nov 2018 08:53PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 08:58PM

PUTRAJAYA: Seorang mantan menteri yang bergelar ‘Datuk Seri’ dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung projek tenaga suria di sekolah luar bandar di Sarawak.

Sumber SPRM memberitahu bahawa anggota Parlimen itu yang menaiki Mercedes-Benz tiba di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di pada kira-kira 10.00 pagi.

“Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan ditahan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang mantan menteri bakal ditahan SPRM hari ini (29 Nov) dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok (30 Nov).

Pada 15 November lalu, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Rosmah Mansor, didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor, atas menerima rasuah berkaitan dengan projek tenaga suria berkenaan.

Cik Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta (S$490,800) berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga suria di sekolah luar bandar di Sarawak. Beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta (S$327,200) dengan seorang penjamin.

Encik Rizal pula menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Cik Rosmah berhubung projek sama, dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta (S$327,200) dengan dua orang penjamin.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan