Mantan ketua perdagangan Amerika Syarikat Lighthizer letak jawatan daripada lembaga Trump Media
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Mantan wakil perdagangan Amerika Syarikat Robert Lighthizer meletak jawatan daripada lembaga pengarah Trump Media & Technology Group, berkuat kuasa Jumaat (6 Mac), menurut pemfailan SEC.
Semasa penggal pertama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Encik Lighthizer memainkan peranan penting sebagai ketua perdagangan dalam pengenaan tarif yang tinggi ke atas import China dan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, atau NAFTA, dengan Mexico dan Kanada.
Pemergiannya daripada lembaga dan jawatankuasanya bukan disebabkan oleh sebarang perselisihan faham dengan pihak pengurusan syarikat atau lembaga, menurut pemfailan itu.
Dirintis oleh Encik Trump dan dikenali dengan platform Truth Social yang disasarkan kepada khalayak konservatif, TMTG bergelut untuk mengembangkan perniagaan medianya di tengah-tengah persaingan daripada rangkaian sosial yang lebih besar dan pertumbuhan pengguna yang tidak sekata.
TMTG mempertimbangkan untuk memisahkan Truth Social menjadi sebuah syarikat yang didagangkan secara awam.
Dalam satu perubahan strategik pada bulan Disember, syarikat itu bersetuju untuk bergabung dengan TAE Technologies yang berpangkalan di California dalam perjanjian semua saham bernilai lebih $6 bilion, mengalihkan tumpuannya kepada tenaga gabungan dan membentuk sebuah syarikat yang didagangkan secara awam yang membangunkan loji kuasa berskala utiliti untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat, termasuk daripada pusat data AI.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.