Mantan Ketua Menteri Sabah Musa Aman akan didakwa atas tuduhan rasuah
Mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada pukul 3.00 petang hari ini (5 Nov) berhubung sekurang-kurangnya 35 tuduhan rasuah.
Mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. (Gambar fail: Bernama)
PUTRAJAYA: Mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada pukul 3.00 petang hari ini (5 Nov) berhubung sekurang-kurangnya 35 tuduhan rasuah.
Sumber dari Pejabat Peguam Negara (AGC) ketika ditanya mengatakan bahawa pertuduhan itu melibatkan beberapa kes konsesi kayu balak di Sabah berjumlah US$62 juta (S$85 juta).
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga itu dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8.30 pagi.
Dalam kenyataannya hari ini (5 Nov), Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa ia mendapat izin untuk mendakwa Encik Musa daripada AGC.
Encik Musa ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 10.05 pagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.