Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan ketua Kongres Rahul Gandhi pimpin bantahan undang-undang kerakyatan India

Mantan ketua parti Kongres Rahul Gandhi dijangka memimpin satu bantahan menentang undang-undang kerakyatan India yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan ketua Kongres Rahul Gandhi pimpin bantahan undang-undang kerakyatan India

Anggota Kongres sertai bantahan di Mumbai, India. (Gambar: REUTERS/Amir Dave)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 08:29PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 08:34PM

NEW DELHI: Mantan ketua parti Kongres Rahul Gandhi dijangka memimpin satu bantahan menentang undang-undang kerakyatan India yang baru.

Hari ini (28 Dis) juga merupakan hari parti Kongres diasaskan.

Encik Gandhi dijangka ke Assam, sebagai sebahagian bantahan yang dianjurkan parti Kongres, menentang undang-undang kerakyatan India yang baru.

Pihak pembangkang menyifatkan undang-undang tersebut sebagai mengecualikan orang Islam dan mencabuli perlembagaan sekular India.

Di ibu kota New Delhi siang tadi, sekumpulan penunjuk perasaan dipaksa naik sebuah bas oleh polis, kerana cuba mengadakan bantahan anti pemerintah.

Pasukan polis juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan khidmat internet digantung di daerah-daerah yang majoriti penduduknya adalah orang Islam.

Lebih 27 orang maut sejak bantahan tercetus dua minggu lalu dengan 1,000 yang lain ditangkap.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan