Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil mungkin dapat sokongan parti utama Indonesia bertanding jawatan gabenor Jakarta

Anggaran Waktu Membaca:
 Mantan gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil mungkin dapat sokongan parti utama Indonesia bertanding jawatan gabenor Jakarta

(Gambar: CNA/Wisnu Agung Prasetyo)

SINGAPURA: Parti-parti terbesar Indonesia sedang memilih calon bagi pilihan raya gabenor negara itu pada November.

Dua parti utama, Golkar dan Gerindra, mungkin menyokong mantan gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil bagi jawatan gabenor Jakarta.

Demikian menurut ketua Golkar Airlangga Hartarto pada Rabu (10 Apr), lapor Kompas.

Encik Ridwan, yang popular dengan gelaran Kang Emil, dilihat sebagai anggota politik yang berpotensi disebabkan prestasi baiknya sebagai gabenor Jawa Barat dan Datuk Bandar Bandung. Jawatan gabenor Jakarta adalah salah satu jawatan politik paling penting sebagai batu loncatan untuk dicalonkan bagi jawatan presiden.

Indonesia mengadakan pilihan raya presidennya pada 14 Februari, dan bakal mengundi pada 27 November untuk melantik 38 gabenor, 416 wali kota dan 98 datuk bandar di seluruh negara.

Selain Encik Ridwan, partai Golkar juga sedang menimbangkan dua lagi calon untuk jawatan gabenor Jakarta, iaitu Encik Ahmed Zaki Iskandar, yang kini merupakan wali kota Tangerang, dan usahawan Erwin Aksa, anak saudara mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, lapor Kompas.

Pemangku gabenor Jakarta buat masa ini adalah Encik Heru Budi Hartono, yang merupakan bekas ketua sekretariat presiden Indonesia Joko Widodo.

Beliau menyandang jawatan sementara itu sejak 2022, ketika tempoh Anies Baswedan tamat.

Minggu lalu, menantu lelaki Encik Jokowi yang juga datuk bandar Medan, Bobby Nasution mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan gabenor Sumatara Utara di bawah Partai Golkar.

Parti tersebut menduduki tempat kedua pada pilihan raya dewan perundangan pada Februari, di belakang Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Encik Nasution merupakan anggota PDI-P namun dibuang dari parti November lalu kerana menyokong Encik Probowa, anggota Partai Gerindra, pada Pilihan Raya Presiden 2024.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan