Mantan Gabenor Arkansas umum bertanding Pilihan Raya Presiden AS 2024
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Mantan Gabenor Arkansas Asa Hutchinson pada Ahad (2 Apr) mengumumkan pencalonannya untuk bertanding dalam Pilihan Presiden Amerika Syarikat 2024.
Encik Hutchinson, yang berkhidmat sebagai gabenor Arkansas dari Januari 2015 hingga Januari 2023, membuat pengumuman itu dalam wawancara bersama ABC News, lapor agensi berita Xinhua.
Anggota parti Republikan berusia 72 tahun itu dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung hasratnya tersebut pada hujung bulan ini.
Turut mengumumkan akan menyertai pilihan raya presiden AS termasuk mantan Presiden Donald Trump, mantan Gabenor Carolina Selatan - yang juga Duta Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley serta usahawan Vivek Ramaswamy.

BACA:
Presiden Joe Biden masih belum mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding semula. Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November tahun depan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.