Mantan Datuk Bandar Filipina Alice Guo ditahan polis Manila selepas dideportasi dari Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Aaron Favila/AP
MANILA: Seorang bekas Datuk Bandar Filipina, Alice Leal Guo ditahan polis negara itu apabila beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada awal pagi Jumaat (6 Sep).
Beliau dituduh mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah China dan terlibat dalam kes pengubahan wang haram sebanyak lebih 100 juta pesos (AS$1.79 juta).
Cik Guo ditangkap pihak berkuasa Indonesia di Jakarta pada Rabu lalu selepas melarikan diri dari Filipina pada Julai lepas.
Dalam taklimat media setibanya di Manila, mantan Datuk Bandar Bamban itu berkata nyawanya terancam dan meminta pihak berkuasa supaya melindungi beliau.
Cik Guo dikehendaki di Filipina kerana disyaki menerima rasuah, terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah China.
Walaupun Cik Guo mendakwa beliau rakyat Filipina sejak lahir, hasil siasatan menunjukkan wanita itu warga China bernama Guo Hua Ping.
Agensi penguatkuasaan undang-undang Filipina, termasuk majlis antipenggubahan wang haram (AMLC), memfailkan beberapa tuduhan pengubahan wang haram terhadap Guo dan 35 lain dengan jabatan keadilan itu.
Mantan Datuk Bandar tersebut tiba di Manila dalam sebuah pesawat privet, dengan diiringi pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Filipina, termasuk Menteri Dalam Negeri negara itu, Benjamin, Abalos Jr, yang memimpin proses peralihannya dari pihak bekuasa Indonesia di Jakarta pada Khamis.
Senat melancarkan satu siasatan terhadap Cik Guo pada Mei selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kasino pada Mac di bandar Bamban, di mana beliau merupakan Datuk Bandar, membongkar apa yang dikatakan pegawai penguat kuasa undang-undang sebagai penipuan yang dilakukan daripada kemudahan yang dibina di atas tanah yang sebahagiannya dimiliki oleh Cik Guo.
Cik Guo menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar Bamban di wilayah Tarlac di utara Filipina pada 2022.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.