Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS mansuh syarat ujian COVID-19 bagi pelawat dari China mulai 10 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) akan memansuhkan syarat ujian wajib COVID-19 pada Jumaat (10 Mac) bagi pelawat dari China.

Demikian menurut sumber yang diberi taklimat mengenai hal demikian kepada Reuters.

Jepun memansuhkan syarat itu hanya seminggu lalu, di mana semua orang sebelum ini diperlukan untuk menjalani ujian COVID-19 setibanya mereka dari China.
Sumber tersebut memberitahu Reuters bahawa AS akan terus memantau kes di China dan di merata dunia.

Keputusan AS itu turut dilaporkan oleh agensi berita Washington Post sebelum ini.

CDC bagaimanapun tidak segera mengulas mengenai hal tersebut.

Pada awal Januari, AS serta negara-negara lain termasuk India, Kanada, Itali, Jepun, menguatkuasakan langkah baru menyusuli keputusan Beijing untuk memansuhkan dasar sifar-COVID yang ketat itu. Ia mewajibkan penumpang udara berusia sekurang-kurangnya dua tahun, untuk mendapatkan hasil ujian COVID-19 negatif tidak lebih daripada dua hari selepas berangkat dari China, Hong Kong atau Macao.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan