Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Manifesto pembangkang hanya janji kosong, kata Ismail Sabri Yaakob

Anggaran Waktu Membaca:
Manifesto pembangkang hanya janji kosong, kata Ismail Sabri Yaakob

(Gambar: Ismail Sabri Yaakob/Facebook)

KUALA LUMPUR: Manifesto pihak pembangkang dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14) hanyalah janji-janji kosong yang membuatkan ramai orang berada dalam kesusahan.

Demikian menurut perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (20 Okt).

Beliau berkata golongan belia khususnya antara yang terpedaya dengan janji-janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU14 pada 2018.

"Ia berbeza (daripada manifesto kami) kerana pada PRU14, golongan belia paling terpedaya dengan manifesto janji-janji kosong. Pihak pembangkang gagal memansuhkan PTPTN (pinjaman untuk penuntut institusi pengajian tinggi), gagal mewujudkan peluang kerja, dengan puluhan ribu orang muda diberhentikan kerja," menurut Encik Ismail Sabri menerusi catatan Facebook beliau.

Beliau berkata pihak pembangkang hanya menawarkan janji palsu, tidak seperti Bajet 2023 yang kerajaan di bawah pimpinan beliau bentangkan di parlimen pada 7 OKtober.

Meskipun parlimen dibubarkan sebelum belanjawan dibahaskan dan diluluskan, Encik Ismail Sabri berkata ia akan dibentangkan semula sebelum hujung tahun ini jika kerajaannya dilantik semula dalam PRU15 pada 19 November.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober mendedahkan pelan perbelanjaan melibatkan RM372.3 bilion (S$112.52 bilion) bagi 2023, yang termasuk beberapa subsidi serta program yang bertujuan untuk dimanfaatkan banyak segmen masyarakat.

Tidak seperti manifesto pihak pembangkang, Encik Ismail Sabri berkata Bajet 2023 kerajaan beliau bukan manifesto janji kosong sebaliknya pelan yang sudah sedia untuk dilaksanakan.

Beliau menambah di bawah belanjawa tersebut, pengecualian pembayaran semula bagi mereka yang mengambil pinjaman PTPTN, yang datang daripada golongan B40 (kumpulan pendapatan di bawah 40 peratus) akan dilanjutkan kepada peminjam dari kumpulan pertengahan M40 dan kumpulan teratas T20 yang lulusan dengan ijazah kepujian kelas pertama.

Semasa melancarkan manifesto PRU15 pada 20 Oktober, PH berikrar untuk memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dan melegakan kos tinggi kehidupan.

Berucap di konvensyen PH di Ipoh, pengerusi gabungan itu Anwar Ibrahim berkata: "Slogan kita 'Kita Boleh' adalah berdasarkan hakikat bahawa kita akan melakukan apa sahaja untuk membantu rakyat... Kita mesti menang kerana kita mahu mengubah negara ini.

"Isu-isu yang dihadapi rakyat, seperti harga melambung bagi barangan asas seperti telur, ayam dan sayuran, membebankan rakyat."

Di acara tersebut, Encik Anwar diumumkan sebagai calon perdana menteri parti gabungan itu menjelang PRU15.

Awal Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raua (EC) mengumumkan bahawa hari mengundi bagi PRU15 adalah 19 November. Hari penamaan calon adalah 5 November manakala undi awal dijadual 15 November.

Lebih 21 juta orang akan layak mengundi dalam PRU15 dan kosnya dijangka RM1.01 bilion.

PH menyasarkan untuk mengulangi kemenangan dalam PRU14 pada 2018, apabila Barisan Nasional yang menerajui kerajaan selama 60 tahun berjaya ditumpaskan.


 
Sumber : CNA/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan