Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Manifesto Pakatan Harapan selamatkan Tabung Haji dipenuhi: Mujahid

Kejayaan menyelesaikan kemelut Lembaga Tabung Haji merupakan antara pencapaian besar Pakatan Harapan (PH) dalam setahun sejak ia mentadbir Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Manifesto Pakatan Harapan selamatkan Tabung Haji dipenuhi: Mujahid

Lembaga Tabung Haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Apr 2019 12:47PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 12:49PM

PUTRAJAYA: Kejayaan menyelesaikan kemelut Lembaga Tabung Haji merupakan antara pencapaian besar Pakatan Harapan (PH) dalam setahun sejak ia mentadbir Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata keutamaannya adalah untuk mengembalikan kredibiliti Tabung Haji dan mengukuhkan semula kedudukan institusi kewangan Islam itu yang berada di bawah portfolio beliau.

Encik Mujahid berkata setelah melalui proses pemulihan dan penstrukturan semula, Tabung Haji kembali ke landasan asal dan kini menuju ke arah masa hadapan yang lebih baik.

“Kita telah mulakan pakej menyelamatkan TH (Tabung Haji) sejak kita (PH) ambil alih pentadbiran negara. Pada Disember 2018, kita isytiharkan kedudukan TH yang amat menyedihkan dan berlakunya pelanggaran akta yang menyebabkan ia menjadi antara skandal besar dalam sejarah negara kita.

“Kita datang menyelamat bagi memastikan TH dan pendeposit serta wang mereka dijamin keselamatannya. Alhamdulillah telah kita lunaskan,” kata beliau dalam satu sidang media di kementeriannya hari ini (30 Apr).

Tabung Haji berjaya mencatatkan jumlah aset RM76.5 bilion (S$25.2 bilion) berbanding jumlah tanggungan RM75.5 bilion (S$24.8 bilion). Ini sekaligus membolehkan agihan hibah tidak melebihi RM1 bilion (S$329 juta) dilakukan bagi tahun 2018 meskipun tidak pada kadar tinggi seperti sebelumnya memandangkan Tabung Haji baru sahaja pulih.

Encik Mujahid berkata usaha menyelamatkan Tabung Haji itu merupakan antara perkara utama yang dijanjikan PH dalam manifestonya selain skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pada 9 Mei tahun lalu, Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional yang tewas semasa Pilihan Raya Umum ke-14 setelah 60 tahun mentadbir negara.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan