Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Manifesto BN mencakupi semua aspek kesejahteraan rakyat

Manifesto Barisan Nasional yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, semalam (7 Apr) menunjukkan usaha kerajaan parti komponen itu cuba memperbaiki beberapa keprihatinan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 08:33PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 10:02PM

BERITAMediacorp: Manifesto Barisan Nasional yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, semalam (7 Apr) menunjukkan usaha kerajaan parti komponen itu cuba memperbaiki beberapa keprihatinan masyarakat.

Datuk Seri Najib, yang juga Pengerusi BN menjanjikan masa depan lebih cerah dengan mengambil kira keperluan semua negeri dan mencakupi semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat negara itu.

Namun, menurut pengamat politik dan Zamil ISEAS - Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, janji BN itu tidak banyak berbeza dengan program yang dibentangkan pakatan pembangkang.

"Saya melihat manifesto Barisan Nasional pada kali ini cuba menangani isu-isu yang ditimbulkan oleh golongan kelas bawahan dan juga kelas pertengahan," kata Dr Norshahril bercakap kepada BERITAMediacorp.

"Isu-isu seperti untuk menangani masalah pekerjaan, pendidikan, ada juga kos perumahan, kita lihat juga sama dibangkitkan oleh pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan," tambah beliau.

"Jadi kita melihat dari segi manifesto yang dibentangkan dua-dua pihak, mereka cuba sedaya upaya untuk menggariskan beberapa langkah untuk menangani isu kos sara hidup.

"Parti pembangkang juga lebih bersepadu pada kali ini dan mungkin memberikan cabaran yang hebat kepada Barisan Nasional,"ujarnya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan