Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa skim penipuan kian meningkat di Asia

Anggaran Waktu Membaca:
IPOH: Mangsa skim penipuan sedang meningkat di rantau Asia dengan ribuan anak muda kini menjadi mangsanya.

Di Malaysia, antara jenis penipuan yang menjadi kebimbangan adalah kes penipuan berkaitan percintaan dan pekerjaan.

Berusia 23 tahun, Goi Zhen Feng sepatutnya sudah menjadi seorang guru tahun ini.

Namun, keputusannya untuk bertemu dengan teman wanitanya yang ditemui secara online pada Januari tahun ini, merubah segalanya.

Goi berlepas ke Thailand dan menjadi mangsa sindiket penipuan yang menjadikannya buruh paksa di selatan Myanmar.

Dia akhirnya meninggal dunia pada bulan Mei di sebuah hospital berdekatan sempadan Thailand-Myanmar.

Ibu bapa Goi hanya mengetahui mengenai kematian anaknya tiga bulan kemudian.

Bapanya, Goi Chee Kong yang jelas pilu dengan peristiwa ini berharap, anaknya menjadi yang pertama dan terakhir untuk maut dalam penipuan online sebegini.

Hakikatnya, ada kes-kes penipuan online lain di Malaysia yang menyasarkan golongan remaja semuda 14 tahun, yang kononnya menawarkan peluang berlakon filem di Laos dan Myanmar.

Seorang ahli politik Malaysia, Sim Chun Siang, yang pernah membantu menyelamatkan beberapa mangsa warga Malaysia, menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Yang pasti, dalang-dalang sindiket penipuan sentiasa memantau dan menyelidik mangsa sebelum "memancing mereka" dengan wang, pekerjaan, persahabatan ataupun percintaan.

Apa yang berlaku kepada keluarga Goi ini, mungkin boleh berlaku kepada keluarga lain.
Sumber : CNA/RU/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan