Mangsa sindiket penipuan pekerjaan luar negara warga M'sia mudah terpedaya dengan kempen online, kata Menteri
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Saifuddin Nasution Ismail
KULIM: Rakyat Malaysia diminta tidak mudah terpengaruh dengan iklan kerja kosong di luar negara yang menawarkan pelbagai manfaat terutama gaji lumayan kerana dikhuatiri didalangi sindiket penipuan.
Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail berkata, sindiket didapati licik memperdaya mangsa menerusi iklan di media sosial antaranya menawarkan tiket penerbangan percuma, upah lumayan serta tempat tinggal selesa.
“Sebaik sampai di sana (luar negara), mangsa mendapati mereka tidak mendapat seperti apa yang ditawarkan dalam iklan sebelum ada yang sempat menghubungi pihak berkuasa.
“Keluarga kepada mangsa juga akan melaporkan bahawa anak mereka hilang atau minta diselamatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat projek pembinaan jambatan baharu di Sungai Ular, pada Ahad (11 Jun), lapor akhbar Kosmo!
Kata beliau, bagi menyelesaikan perkara tersebut, polis akan menggunakan pendekatan iaitu antara pemerintah dengan pemerintah iaitu melalui Wisma Putra.
“Kita akan menghubungi pemerintah berkenaan tidak kiralah Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar hatta Dubai pun, kemudian kita akan melaui kaedah melaui pihak berkuasa iaitu polis.
“Kalau negara itu di bawah ASEAN, kita akan guna Polis ASEAN (ASEANAPOL), akhir sekali apabila kita sudah kesan kita akan bawa balik, itu tumpuan utama pasukan polis,” ujarnya, dipetik daripada Kosmo!.
Kosmo! pada Ahad melaporkan seorang wanita, Chong Sum Yee, 22 tahun, yang hilang selepas mengembara seorang diri ke Thailand sejak 29 Mei lalu mencetuskan tanda tanya termasuk mengenai kemungkinan dia menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Kebimbangan itu disuarakan sendiri ibu mangsa, Chee Choy Won, 50 tahun, selepas menerima panggilan telefon daripada Sum Yee yang memberitahu dia kini dalam keadaan sihat dan bahagia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.