Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa rugi RM9,500 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai rakannya

Seorang lelaki mendakwa kerugian RM9,500 (S$3,147) selepas diperdayakan individu yang menyamar sebagai rakannya untuk meminjam wang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa rugi RM9,500 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai rakannya

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 12:14PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 12:16PM

KUANTAN: Seorang lelaki mendakwa kerugian RM9,500 (S$3,147) selepas diperdayakan individu yang menyamar sebagai rakannya untuk meminjam wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 53 tahun mendakwa dihubungi suspek pada petang Selasa lepas.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai ‘Gan’ dan secara kebetulan mangsa sememangnya mempunyai rakan dengan nama tersebut.

“Suspek memberitahu sudah menukar nombor telefon hanya berbual kosong sebelum kembali menghubungi mangsa pada tengah hari semalam untuk meminjam wang.

“Mangsa diminta memasukkan wang ke dalam akaun baru dan beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana Gan sering meminjam wang dan membayar semula,” katanya kepada pemberita, hari ini (25 Jul)

Supt Mohd Wazir berkata mangsa menyedari beliau ditipu apabila terserempak Gan di pekan semasa membeli barang petang semalam, lantas bertanya mengapa beliau tidak menjawab mesej di aplikasi WeChat berhubung salinan resit transaksi pemindahan wang itu.

Gan, menurut mangsa memberitahu tidak ada menerima apa-apa mesej dan tidak pernah menghubungi mangsa beberapa hari sebelum dikatakan menukar nombor telefon.

Sehubungan itu, mangsa membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan