Mangsa penipuan badal haji di M'sia dinasihatkan buat laporan polis
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
MAKKAH: Umat Islam yang telah menjadi mangsa penipuan badal haji dinasihatkan membuat laporan polis memandangkan kes berkenaan masih berlaku apabila tiba musim haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Mohd Na'im Mokhtar berkata, sebelum ini juga sudah banyak peringatan diberikan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan berkenaan namun masih ada yang menjadi mangsa.
“Sekali lagi diingatkan supaya selidik terlebih dahulu sebelum mengambil perkhidmatan badal haji ditawarkan individu atau syarikat yang tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH).
“Jika bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, mereka perlu siasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi 'bedal haji'," katanya, dipetik daripada Sinar Harian.
Encik Mohd Na’im berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu badal haji yang tular dalam media sosial, pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan TH di Makkah, pada malam Rabu (28 Jun), lapor Sinar Harian.
Ia susulan pendedahan video berdurasi 51 saat di Facebook pada Rabu yang memaparkan tindakan sekumpulan lelaki yang menggunakan khidmat ‘pelakon’ untuk menunjukkan bukti bahawa badal haji telah dilaksanakan.
Beberapa helai kertas kononnya sebagai bukti ibadah itu dilakukan turut kelihatan bersepah di sekitar kawasan Jabal Rahmah, Makkah dibuang oleh kumpulan terbabit dengan tertera nama dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.
Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya boleh melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.