Mangsa Papua ditikam, dipukul atau dibakar hidup-hidup - polis Indonesia
Kebanyakan daripada 33 mangsa yang maut dalam tunjuk perasaan di Papua, minggu ini, meninggal dunia akibat ditikam, dipukul dengan objek tumpul atau dibakar, menurut polis hari ini (25 Sep).
(Gambar: AP)
JAYAPURA: Kebanyakan daripada 33 mangsa yang maut dalam tunjuk perasaan di Papua, minggu ini, meninggal dunia akibat ditikam, dipukul dengan objek tumpul atau dibakar, menurut polis hari ini (25 Sep).
Ribuan penduduk melarikan diri ke pusat perlindungan, menyusuli pertumpahan darah yang menyaksikan para mangsa dibakar penunjuk perasaan hidup-hidup, ketika berada dalam bangunan, pada Isnin (23 Sep).
Papua yang terletak di sebelah barat pulau New Guinea dilanda tunjuk perasaan, selama berminggu-minggu, ekoran kemarahan perkauman terhadap para penduduk asli Papua yang berhijrah dari wilayah lain di Indonesia.
Tunjuk perasaan itu berpunca daripada penahanan puluhan pelajar Papua dan tindakan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka yang menjadi sasaran penghinaan kaum di Surabaya.
Keganasan yang berlaku baru-baru ini dilaporkan disebabkan oleh kenyataan barbaur perkauman yang dibuat oleh seorang guru terhadap para pelajar di bandar Wamena. Bagaimanapun, pihak polis menolak tuduhan itu.
“Keadaan di Wamena kini berjaya dikawal. Kebanyakan mangsa mempunyai kesan tikam, cedera akibat dihentak dengan objek tumpul dan terbakar teruk,” kata jurucakap polis Papua Ahmad Mustofa Kamal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.