Mangsa kedua yang hilang di Pantai Batu Layar turut lemas
Seorang lagi remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika bermandi di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi pada Isnin (10 Sep) ditemui lemas.

Noor Rahimi Fithri Ismail dijumpai pada pukul 2.20 petang pada Selasa (11 Sep). (Gambar: BERNAMA/Twitter)
JOHOR BAHRU: Seorang lagi remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika bermandi di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi pada Isnin (10 Sep) ditemui lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadhli Ismail, berkata mayat Noor Rahimi Fithri Ismail, 19 tahun, dijumpai pada pukul 2.20 petang pada Selasa (11 Sep), 700 meter dari tempat yang dilaporkan hilang.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk pengecaman keluarga.
Pada Isnin (10 Sep), Noor Rahimi Fithri dan seorang lagi lelaki, Muhammad Norhakimi Rejab, 18 tahun, dilaporkan hilang ketika mandi di pantai itu kira-kira pukul 8.32 pagi.
Mayat Muhammad Norhakimi, bagaimanapun, ditemui terdampar di pantai itu pada pukul 5.50 pagi semalam (11 Sep), kira-kira 500 meter dari pangkalan hadapan mencari dan menyelamat (SAR) yang ditubuhkan.
Operasi SAR meliputi kawasan seluas kira-kira enam batu nautika persegi dan melibatkan empat aset laut daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
LAPORAN BERKAITAN:
Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di pantai batu layar
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.