Mangsa gempa Indonesia solat Jumaat di tempat lapang, khuatir gempa susulan
Anggaran Waktu Membaca:

CIANJUR: Ratusan rakyat Indonesia mendirikan solat Jumaat di tempat terbuka bersebelahan dengan sawah padi dan di jalan raya pada Jumaat (25 Nov).
Ini selepas gempa bumi meratakan bandar mereka di barat Jawa dan menyebabkan hampir 300 orang terkorban.
Imam solat Jumaat itu, Muhamad Jamhur mengadakan solat jemaah di gelanggang bola tampar yang terletak hanya 200 meter dari masjid.
Dinding masjid retak dan tingkapnya pecah akibat gempa bumi cetek berukuran 5.6 skala Richter yang melanda bandar Cianjur, kira-kira 75 kilometer ke selatan ibu kota Jakarta, Isnin lalu (21 Nov).
"Selepas bencana itu, kami masih takut. Jadi kami terpaksa berpindah ke gelanggang bola tampar dan bukan di masjid. Saya meminta jemaah untuk kekal berwaspada kerana bencana mungkin berlaku lagi," kata Encik Muhamad, 52 tahun.
Ratusan gegaran susulan menggegarkan kawasan pergunungan itu di mana ramai penduduk yang bersedih dan trauma berteduh di dalam khemah sambil menunggu bekalan makanan, air dan ubat-ubatan yang lewat tiba akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Peniaga makanan, Asep Hidayat, yang juga kehilangan tempat tinggal berkata beliau bersyukur boleh menunaikan solat Jumaat dan sembahyang lima waktu walaupun tidak di masjid.
"Sembahyang itu wajib dan perlu diteruskan di mana jua, walaupun bukan di masjid," katanya.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha untuk membersihkan lumpur dan serpihan serta menarik keluar mana-mana mangsa.
Kira-kira 40 penduduk masih dilaporkan hilang, tetapi harapan untuk menemui mereka dalam keadaan masih bernyawa adalah tipis, menurut Agensi Mitigasi Bencana.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.