Mangsa gelombang kedua banjir Sarawak meningkat kepada 186 orang
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 186 orang pagi Isnin (1 Feb), berbanding 171 orang malam tadi.
Pusat pemindahan mangsa (Gambar: BERNAMA)
KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 186 orang pagi Isnin (1 Feb), berbanding 171 orang malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan empat pusat pemindahan kini dibuka di dua daerah yang dilanda banjir sejak dua hari lepas.
Daerah Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 159 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Lintang Baru, Dewan Kampung Betong Kenawit dan Kampung Rimba Padi, sementara di daerah Simunjan, 27 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Lubok Buntin.
Gelombang kedua banjir di Sarawak bermula Sabtu lepas apabila kawasan perkampungan di Teluk Buntin di daerah Simunjan dinaiki air ekoran keadaan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari serta fenomena air pasang besar yang berlaku serentak.
Laporan ramalan cuaca mingguan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menyatakan hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.