Mangsa feri karam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Lautan Pasifik
Tentera New Zealand menemui enam dewasa dan seorang bayi yang tidak sedarkan diri, sedang hanyut di atas sebuah pelampung di tengah-tengah Lautan Pasifik, siang tadi (28 Jan).
NEW ZEALAND: Tentera New Zealand menemui enam dewasa dan seorang bayi yang tidak sedarkan diri, sedang hanyut di atas sebuah pelampung di tengah-tengah Lautan Pasifik, siang tadi (28 Jan).
Para mangsa feri yang tenggelam empat hari lalu ini merupakan antara 50 penumpang feri tersebut yang dilaporkan hilang, Jumaat lalu (26 Jan).
Awal dari itu, sebuah pesawat penyelamat sempat menggugurkan bekalan makanan dan air kepada para mangsa.
Feri MV Butiraoi, berlepas dari Pulau Nonouti untuk ke South Tarawa pada 18 Januari dalam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dua hari saja.
Tetapi ia hanya dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.