Skip to main content

Dunia

Mangsa banjir Terengganu kini lebih 1,500; 2 sungai melebihi paras bahaya

Enam pusat pemindahan sementara (PPS) baru kini dibuka untuk menampung 663 keluarga di enam daerah menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ialah di 41 lokasi seluruh negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir Terengganu kini lebih 1,500; 2 sungai melebihi paras bahaya

Banjir di Terengganu. (Gambar: Borneo/ Facebook)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 06:07PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 06:12PM

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Terengganu menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,748 orang setakat pukul 4.00 petang ini berbanding 1,173 orang pada 1.00 tengah hari tadi (28 Nov).

Enam pusat pemindahan sementara (PPS) baru kini dibuka untuk menampung 663 keluarga di enam daerah menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ialah di 41 lokasi seluruh negeri.

Daerah Hulu Terengganu merekodkan kenaikan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 820 orang (366 keluarga) di 20 PPS berbanding 497 orang (193 keluarga) di 18 PPS sebelum ini.

Mengikut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Daerah Besut turut mencatat kenaikan jumlah mangsa iaitu 219 orang (102 keluarga) di dua PPS berbanding 116 orang (31 keluarga) pada tengah hari tadi.

"Setiu turut mencatat kenaikan jumlah mangsa iaitu 419 orang (109 keluarga) berbanding 339 orang (74 keluarga) setelah satu lagi PPS dibuka.

"Di Marang pula, terdapat 64 orang (19 keluarga) ditempatkan di lima PPS manakala di Dungun, seramai 164 orang (45 keluarga) dipindahkan ke lima PPS," menurut laporan itu.

2 SUNGAI SUDAH LEPASI PARAS BAHAYA

Sedikit kenaikan turut berlaku di Kuala Nerus menyaksikan pertambahan kepada 62 orang (22 keluarga) setelah satu lagi PPS dibuka. 

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia melaporkan dua sungai di Terengganu sudah melepasi paras bahaya setakat 4.15 petang ini iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu mencatat bacaan 21.83 meter (m) melepasi paras bahaya 21.50 m dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan setinggi 3.06 m (paras bahaya 3.00 m).

Dua sungai yang melebihi paras amaran pula ialah Sungai Besut di Kampung La naik setinggi 20.96 m (paras amaran 20.80 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebadi Jambatan Tebak, Kemaman setinggi 17.88 m (paras amaran 17.80 m).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita