Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir kilat di Johor meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 295 orang setakat 12.00 tengah hari pada Isnin (3 Okt) berbanding 75 orang yang dilaporkan petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan Kulai merupakan daerah baru di negeri itu, yang terjejas akibat banjir kilat, dengan 159 orang dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu.

Menurut JPBD, kesemua mangsa di PPS SMK Bukit Batu, yang dibuka sejak 6.30 petang semalam itu, merupakan penduduk dari Kampung Melayu Bukit Batu.

"Selain itu, satu lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Kluang, dibuka pada 5.30 petang semalam, menempatkan 41 mangsa dari Kampung Sungai Linau.

"Seramai 33 mangsa dari Kampung Tengah, Renggam, juga di Kluang, masih ditempatkan di PPS SK Sri Kampung Renggam," menurut kenyataan itu hari ini.

JPBD menyatakan PPS SK Melayu Raya di Pontian pula menempatkan 62 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti.

"Ini sekali gus menjadikan sebanyak empat PPS beroperasi di negeri ini melibatkan daerah Pontian, Kluang dan Kulai," katanya.

Banjir kilat di negeri itu berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam sejak pukul 10.00 pagi semalam.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan