Mangsa banjir Indonesia kecewa bantuan lambat tiba
Para pegawai Indonesia dan Sri Lanka bertungkus-lumus pada Rabu (3 Dis) untuk menghubungi mangsa yang terselamat daripada banjir maut di kawasan-kawasan terpencil dan terputus hubungan, dengan angka korban bencana yang melanda empat negara itu melepasi 1,300 orang.
Anggaran Waktu Membaca:
TUKKA: Para pegawai Indonesia dan Sri Lanka bertungkus-lumus pada Rabu (3 Dis) untuk menghubungi mangsa yang terselamat daripada banjir maut di kawasan-kawasan terpencil dan terputus hubungan, dengan angka korban bencana yang melanda empat negara itu melepasi 1,300 orang.
Di Indonesia, rasa kekecewaan semakin meningkat dalam kalangan mangsa banjir dan tanah runtuh berhubung tahap usaha menyelamat dan penghantaran bantuan.
Kumpulan kemanusiaan menyatakan skala dugaan pada kali ini hampir tidak pernah berlaku, meskipun negara itu sering kali mengalami pelbagai bencana alam.
Hujan monsun yang digabungkan dengan dua sistem ribut tropika yang jarang berlaku, yang ada kalanya dikenali sebagai taufan di rantau tersebut, mencurahkan hujan lebat secara luar biasa di Sri Lanka serta beberapa bahagian di Sumatra, selatan Thailand dan utara Malaysia pada minggu lalu.
Di Indonesia, angka korban mencecah 753 pada Rabu, dan jumlah mereka yang hilang turut meningkat kepada 650 orang.
Angka yang meningkat itu mewakili maklumat yang diterima secara berperingkat kerana kebanyakan kawasan masih terputus hubungan akibat kerosakan banjir, atau terasing dek gangguan elektrik dan perhubungan, atau kedua-duanya sekali.
“Ia satu cabaran logistik yang sangat besar untuk bertindak balas,” kata Ade Soekadis, pengarah eksekutif Mercy Corps Indonesia.
“Skala kerosakan dan keluasan kawasan yang terjejas memang sangat besar.”
Kumpulan itu berharap dapat menghantarkan peralatan kebersihan dan bekalan air dari Jakarta dan tempatan.
Kata beliau, laporan mengenai kekurangan makanan dan air “sangat membimbangkan” dan keadaan “semakin bertambah rumit dari semasa ke semasa”.
Sistem cuaca yang melanda Indonesia itu turut menurunkan hujan lebat di Thailand, mengorbankan sekurang-kurangnya 176 orang, dan Malaysia, di mana dua orang terbunuh.
SRI LANKA “DIBUKA” KEPADA PARA PELANCONG
Walaupun banjir merupakan kejadian biasa yang berlaku di Asia ketika musim monsun, perubahan iklim menyebabkan hujan lebat berlaku lebih kerap kerana atmosfera yang lebih panas menyerap lebih banyak wap air.
Lautan yang lebih panas juga boleh menguatkan lagi sistem ribut.
Satu sistem cuaca berasingan, Taufan Ditwah, menyebabkan hujan lebat, banjir besar dan tanah runtuh yang mengorbankan ramai penduduk di sebahagian besar Sri Lanka minggu lalu.
Sekurang-kurangnya 465 orang terbunuh, dan pihak berkuasa menganggarkan kerosakan bencana itu mencecah sehingga AS$7 bilion (S$9.07 bilion).
“Anggaran awal kami adalah kami memerlukan sekitar enam hingga tujuh bilion dolar untuk kerja-kerja pembinaan semula,” kata Prabath Chandrakeerthi, Pesuruhjaya Perkhidmatan Keperluan Asas.
Seramai 366 lagi masih hilang, termasuk di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas dan masih sukar untuk diakses.
Encik Chandrakeerthi berkata undang-undang sedia ada yang membenarkan seseorang diisytiharkan sebagai sudah meninggal dunia hanya selepas hilang selama enam bulan mungkin dipendekkan bagi mempercepatkan pengeluaran sijil kematian.
Menurut pemerintah, ia akan menawarkan 25,000 rupee (S$358.58) kepada keluarga-keluarga terjejas untuk membantu mereka membersihkan rumah. Sementara itu, mereka yang kehilangan rumah akan diberikan bantuan wang sehingga AS$8,000 (S$10,364.20).
Lebih 1.5 juta orang terjejas, dengan lebih 200,000 kini berada di pusat perlindungan yang diterajui pemerintah.
Walaupun dilanda bencana, negara yang bergantung kepada pelancongan itu menyambut ketibaan sebuah kapal pesiaran mewah di pelabuhan Colombo pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
Ketibaan kapal pesiaran itu memberi“mesej jelas kepada dunia: Sri Lanka selamat, terbuka dan bersedia untuk menyambut para pengunjung sekali lagi,” menurut lembaga pelancongan Sri Lanka.

Sumber : AFP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.