Skip to main content

Dunia

Mangsa banjir di Perak, Selangor terus berkurangan; Pahang kekal sama

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir di Perak, Selangor terus berkurangan; Pahang kekal sama
Mangsa terjejas banjir ditempatkan di PPS Kompleks UMNO Bagan Datuk. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 07 Dec 2025 08:33AM Dikemas Kini : 07 Dec 2025 08:34AM
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri di Malaysia menunjukkan perkembangan positif setakat 9.00 malam pada Sabtu (6 Dis) apabila jumlah mangsa di Perak dan Selangor terus mencatat penurunan, manakala Pahang kekal tidak berubah.

Di Perak, jumlah mangsa turun kepada 1,021 orang daripada 291 keluarga yang masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, berbanding 1,280 orang daripada 376 keluarga pada sebelah petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak kekal mencatat angka tertinggi dengan 465 mangsa, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (221).

Di Selangor, jumlah mangsa juga terus berkurangan kepada 114 orang daripada 45 keluarga berbanding 122 orang daripada 49 keluarga petang Sabtu.

Menurut laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya tiga PPS masih beroperasi, semuanya terletak di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu di Pahang, jumlah mangsa kekal 31 orang daripada 12 keluarga.

InfoBencana JKM memaklumkan, daerah Raub menempatkan 24 mangsa di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita