Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir di Melaka semakin berkurangan

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Melaka sudah merosot kepada 146 orang daripada 41 keluarga pada 8.00 pagi pada Sabtu (29 Okt) berbanding 170 orang membabitkan 50 keluarga pada 4.00 petang pada Jumaat (28 Okt).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataannya memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah ditutup pada 10.00 malam pada Jumaat.

"Sebanyak 46 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah di Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan manakala 100 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah setakat 8.00 pagi ini," menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan