Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir di Kelantan dayung perahu ke rumah setiap hari beri kucing makan

Anggaran Waktu Membaca:
RANTAU PANJANG: Seorang mangsa banjir di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Rantau Panjang, Kelantan, sanggup mendayung perahu pulang ke rumah sejauh 100 meter setiap hari semata-mata untuk memberi makan dua ekor kucing kesayangannya yang kelaparan.

Wan Mohd Jeffri Wan Mazlan, 30 tahun, berkata, kesemua ahli keluarganya sudah berpindah ke PPS berkenaan, namun dua ekor kucing itu terpaksa ditinggalkan di rumah.

Encik Jeffri yang tinggal di Kampung Tersang berkata, rumahnya belum ditenggelami banjir tetapi kawasan sekeliling rumah sudah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter, lapor Sinar Harian.

"Bagaimanapun, saya akan pastikan pulang ke rumah setiap hari bagi menjenguk haiwan kesayangan kami itu sekali gus melihat keadaan rumah yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui pada Isnin (27 Nov).

Dalam pada itu, tinjauan ke PPS SK Tok Deh mendapati 
sebanyak 243 mangsa daripada 84 keluarga berlindung di PPS tersebut iaitu dari Kampung Tok Deh, Tersang dan Bendang Nyior.

Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata keadaan banjir di negeri tersebut masih terkawal, dan kesemua mangsa di kawasan terjejas akur dengan arahan perpindahan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan