Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir di Johor & Sabah terus meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir di Johor & Sabah terus meningkat

Suasana di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Kuala Besut Satu setelah banjir melanda pada 22 Disember 2022. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Johor mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi Selasa (31 Jan), manakala bilangan mangsa banjir di Pahang kekal tidak berubah.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,532 orang daripada 560 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, berbanding 1,376 mangsa daripada 522 keluarga pada Isnin malam (30 Jan).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Pitas mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,152 orang daripada 450 keluarga, diikuti Telupid 226 orang daripada 59 keluarga, Paitan 111 orang daripada 40 keluarga serta Lahad Datu, membabitkan 43 orang daripada 11 keluarga.

Di Johor, jumlah mangsa banjir di empat daerah meningkat kepada 2,138 orang setakat pukul 8.00 pagi Selasa, berbanding 2,113 orang pada pukul 8.00 malam Isnin dengan 22 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.

Daerah Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92), menurut JBPN dalam kenyataan  pada Selasa.

Sementara itu, Sungai Endau di Mersing masih merencatatkan tahap bahaya dengan bacaan 2.38 meter, namun menunjukkan tren penurunan. 

Di Pahang, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada lapan keluarga pada pagi Selasa dan kesemuanya masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Denai di Rompin. 

Sementara itu, Sungai Rompin di Jambatan Segamat/Kuantan dalam daerah Kuantan masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 10.68 meter pagi ini namun merekodkan trend menurun. 

Jabatan Meteorologi meramalkan Rompin akan mengalami hujan sepanjang Selasa. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan