Skip to main content

Dunia

Mangsa banjir di Johor meningkat ketara semalaman

Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing mencatatkan peningkatan ketara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jan 2018 09:15AM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 09:42PM

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing mencatatkan peningkatan ketara apabila seramai 537 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan, berbanding hanya 160 orang malam tadi (12 Jan).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 7.00 pagi ini (13 Jan) mangsa daripada 126 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat, lapor laman Berita Harian Online Malaysia.

Katanya, seramai 97 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan di empat pusat pemindahan Segamat.

"Kawasan terjejas banjir di Segamat membabitkan kawasan sekitar tiga kampung, iaitu Kampung Seberang Badak, Pogoh Tengah dan Tekam," katanya dalam satu kenyataan, seperti yang dipetik laman Berita Harian Malaysia.

Menurut Encik Ayub, jumlah mangsa banjir di daerah Mersing juga semakin meningkat apabila seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga dipindahkan di lima pusat.

Katanya, banjir di Mersing membabitkan kawasan Kampung Orang Asli Labong, Tenglu Besar, Air Papan, Kampung Baru Jemari dan Sungai Muka Dua.

Beliau berkata, Jalan Telok Arong ditutup kepada semua lalu lintas akibat runtuhan cerun, lapor Berita Harian Online Malaysia.

Katanya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Tanjung Resang (J183) - Jalan Mersing/Endau (FT003) - Jalan Air Papan (J79).

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita