Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 29 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 29 orang

Keadaan banjir di Kampung Paya Kenangan, yang dinaiki air berikutan banjir kilat. (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam (5 Okt), menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8.00 pagi ini (6 Okt) berbanding 22 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada pukul 4.00 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.

Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak pukul 10.00 pagi Ahad lalu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan