Mangsa banjir di Batu Pahat tidak duga sambut kehadiran Ramadan di PPS; gotong-royong masak juadah buka puasa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Astro Awani)
BATU PAHAT: Ketika umat Islam lain menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh kesyukuran di kediaman masing-masing bersama ahli keluarga tersayang, 444 mangsa banjir menghadapi keadaan yang berbeza di daerah Batu Pahat, Johor.
Mereka masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).
Bagi Siti Zubaidah Kassim, 47 tahun, berhadapan dengan banjir dan ditempatkan di PPS adalah perkara biasa buatnya kerana ia berlaku hampir setiap tahun. Namun, menyambut kehadiran bulan puasa di PPS adalah kali pertama buatnya dan di luar jangka.
Cik Siti Zubaidah, yang tinggal di Kampung Parit Yusuf, tidak menyangka banjir yang naik secara mendadak sejak 1 Mac lalu itu akan berlarutan hingga kini.
Kebiasaannya, banjir hanya berlaku sekitar satu hingga dua minggu sahaja.
“Walaupun sambutan Ramadan tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya, saya percaya pasti ada hikmah dan kesedihan kami terubat apabila melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan dalam kalangan penghuni di PPS ini."
“Kami bersama-sama menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa, begitu juga dengan solat sunat tarawih yang dilaksanakan di PPS ini, ia satu pengalaman yang berbeza,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama (SA) Seri Chomel, di Batu Pahat, pada Khamis (23 Mac).
Ketika ditanya tentang persiapan menyambut Syawal, Cik Siti Zubaidah berkata beliau belum memikirkan lagi kerana dalam fikirannya kini adalah untuk pulang ke rumah terlebih dahulu.
Sementara itu, Shahidan Bunakair, 72 tahun, yang juga kali pertama menyambut Ramadan di PPS, mengharapkan keadaan banjir yang berlaku ini tidak berlarutan hingga ke Syawal.
Walaupun terpaksa menyambut Ramadan di PPS, warga emas itu tetap bersyukur kerana beliau bersama ahli keluarganya terselamat ketika banjir berlaku meskipun paras air ketika kejadian melebihi paras dada.
“Saya harap pada masa akan datang, tiada lagi kejadian seperti ini sehingga kami menyambut Ramadan dalam situasi yang sangat berbeza seperti sebelum ini,” ujarnya.
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut dan dua lagi PPS, iaitu SA Seri Bertam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min, turut mengadakan solat tarawih.
Bagi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng pula, mereka menunaikan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.

Sumber : Bernama/AE/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.