Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mampukah Bersatu bertahan?

Isu sejauh mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat bertahan sebagai parti politik termuda di Malaysia pernah menjadi tanda tanya di awal penubuhannya dengan ada yang beranggapan ia akan terkubur dengan sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggaran Waktu Membaca:
Mampukah Bersatu bertahan?

(Gambar: Parti Pribumi BERSATU Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 02:29PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 02:31PM

KUALA LUMPUR: Isu sejauh mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat bertahan sebagai parti politik termuda di Malaysia pernah menjadi tanda tanya di awal penubuhannya dengan ada yang beranggapan ia akan terkubur dengan sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berlatarkan pertumbuhan parti-parti politik seperti cendawan selepas hujan menjelang PRU14, terdapat rasa tidak puas hati rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan para pemimpinnya. Dengan perpecahan dalam landskap politik Melayu, lahirlah Bersatu pada Sep 2016.

Andaian riwayatnya singkat bagaimanapun meleset selepas parti dipimpin Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Encik Muhyiddin Yassin sebagai presidennya apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk memerintah pada tanggal 9 Mei, 2018.

Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Abdul Halim Sidek yang pernah meramalkan tempoh hayat terhad bagi parti itu berkata kemenangan PH pada PRU14 sudah tentu membawa perubahan besar dalam soal sejauh mana Bersatu dapat bertahan kelak.

Katanya, Bersatu berubah daripada yang hanya dianggap sebagai sebuah parti 'splinter' sebelum ini kepada sebuah parti yang menerajui kerajaan (UMNO), kemudian kepada sebuah parti pemerintah.

BERSATU BUKAN SATU-SATUNYA PARTI ALTERNATIF

“Pengerusinya pun diangkat menjadi perdana menteri, mereka dalam kerajaan dan ada ‘advantage’, sebab kementerian-kementerian utama pun ada yang dipegang anggotanya, jadi ini meningkatkan lagi ‘appeal' mereka kepada rakyat," katanya.

Prof Abdul Halim menegaskan sekiranya PH tewas pada PRU14, laluan 'survival' bagi parti itu pasti sukar.

Walaupun menyifatkan Bersatu berada pada landasan yang baik kini untuk terus berkembang, beliau mengingatkan bahawa ia bukan satu-satunya parti alternatif Melayu, selain UMNO yang masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, walaupun banyak pemimpinnya meninggalkan parti.

Kelak, Prof Abdul Halim mengatakan Bersatu perlu terus kuatkan struktur dalaman parti dan menambah keanggotaannya.

Bersatu perlu ingat walaupun pengerusinya diangkat sebagai perdana menteri, mereka tetap parti komponen PH dengan bilangan kerusi Parlimen terendah, iaitu 16 kerusi, katanya.

"Dalam menghadapi PRU15, Bersatu harus betul-betul bangkit. For now, it's too early to tell (survival Bersatu)," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan