Skip to main content

Dunia

Malindo Air Malaysia sahkan data peribadi penumpangnya dibocorkan

Malindo Air, anak syarikat Lion Group di Indonesia, mengesahkan pada Rabu (18 Sep) bahawa ia sedang menyiasat pembocoran data melibatkan butiran peribadi para penumpangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Malindo Air Malaysia sahkan data peribadi penumpangnya dibocorkan

Gambar fail. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Sep 2019 05:06PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 05:12PM

KUALA LUMPUR: Malindo Air, anak syarikat Lion Group di Indonesia, mengesahkan pada Rabu (18 Sep) bahawa ia sedang menyiasat pembocoran data melibatkan butiran peribadi para penumpangnya.

Malindo Air mengeluarkan kenyataan itu selepas syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Moscow, Kaspersky Lab, mendedahkan bahawa maklumat peribadi milik sekitar 30 juta penumpang Malindo dan sebuah lagi anak syarikat Lion Group, iaitu Thai Lion Air, dimuat naik ke forum-forum online.

Laporan itu turut menyatakan butiran yang dibocorkan termasuk butiran pasport, alamat dan nombor telefon penumpang.

Lion Group dan Thai Lion Air belum dapat dihubungi untuk memberikan komen.

Malindo Air menyatakan pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa antarabangsa mengenai insiden itu dan menasihatkan para penumpang dengan akaun pelanggan setia supaya menukar kata laluan akaun masing-masing.

Ia bagaimanapun enggan mendedahkan lebih banyak butiran berhubung siasatan yang dijalankan termasuk berapa ramai pelanggan yang terjejas. Sungguhpun demikian syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya tidak menyimpan sebarang maklumat mengenai bayaran pelanggan dalam server-servernya.

"Kami sedang memaklumkan pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negeri, termasuk CyberSecurity Malaysia," menurut kenyataan syarikat itu.

"Malindo Air juga sedang berurusan dengan perunding keselamatan siber bebas untuk menyiasat dan melaporkan insiden ini."

Fail-fail tersebut dimuat naik dan disimpan dalama Amazon Web Services (AWS), sejenis sumber pengkomputeran awan. AWS, yang merupakan penyedia luar khidmat penyimpanan data bagi Malindo, tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

Menurut Kaspersky, sebahagian pangkalan data yang dibocorkan kini ditawarkan untuk dijual dalam web gelap.

Lion Air menarik perhatian masyarakat antarabangsa pada Oktober lalu apabila salah sebuah pesawat baru Boeing 737 MAX miliknya terhempas di Laut Jawa, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapal.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita