Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malham gua garam terpanjang di dunia

Sebuah gua di Laut Mati kinimengambil alih gelaran sebuah gua di Iran sebagai gua garam terpanjang di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2019 09:14PM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 12:14AM

ISRAEL: Sebuah gua di Laut Mati kini mengambil alih gelaran sebuah gua di Iran sebagai gua garam terpanjang di dunia.

Sedalam 10 kilometer, Gua Malham di Gunung Sodom itu berjaya mengatasi rekod yang pernah dipegang Gua Namakdan di Iran yang sedalam 6,850 meter.

Ia hasil satu ekspedisi 80 pengembara yang selesai melakukan proses pemetaan dan mengukur selama 10 hari baru-baru ini.

Stalaktit garam yang berwarna pucat tergantung dari siling-siling gua itu di mana beberapa dindingnya kelihatan bersinar dengan hablur garam. Titik-titik air masin juga dapat dilihat pada hujung beberapa stalaktit tersebut.

Gua Malham mula dikenali para penyelidik menerusi kerja-kerja Amos Frumkin, seorang pengasas dan pengarah Pusat Penyelidikan Gua Universiti Hebrew, yang pada tahun-tahun 1980-an memeta sekitar lima kilometer sekeliling gua itu.

Gunung Sodom sebenarnya bongkah garam gergasi yang diselaputi batu-batu.

Air hujan meresapi garam dari gua tersebut sebelum mengalir ke Laut Mati.

Peta gua ini bagaimanapun akan hanya diterbitkan dalam beberapa bulan akan datang.

Gua itu dipercayai wujud sejak 7,000 tahun lalu.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan