Malaysia wartakan perintah larangan bagi pemilikan koleksi jam LGBTQ+ 'Swatch'
Anggaran Waktu Membaca:

Koleksi 'Pride' Swatch dilihat di sebuah cawangan di Selangor, Malaysia. (Gambar: Facebook/Fdaus Ahmad)
PUTRAJAYA: Malaysia mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan LGBTQ+ pada jam jenama Swatch - termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini (10 Ogos).
Kenyataan itu menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

"(Pengeluaran syarikat) itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menjadikan gerakan LGBTQ+ sebagai normal, yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini," menurut KDN.
Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluarkan, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam tangannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu - jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan/atau didenda tidak melebihi RM20,000 (S$5,900).
KDN menambah pihaknya komited dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa, secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
“Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat,” menurut KDN lagi.
Pada Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan kumpulan LGBT.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.