Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia ulangi komitmen perangi Islamofobia

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia ulangi komitmen perangi Islamofobia

Kementerian Luar Malaysia. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Mar 2025 05:34PM Dikemas Kini : 15 Mar 2025 05:38PM
PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam sedunia yang kian meruncing, adalah penting bagi menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian dan keamanan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.

“Di forum-forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.

“Sehubungan itu, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Memerangi Islamofobia disegerakan,” menurut kementerian yang dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.

Malaysia juga sudah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu tersebut.

“Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian, serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan.

"Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus
menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan," menurut kenyataan itu.

Kementerian juga menjelaskan bahawa untuk menangani islamofobia pada peringkat akar umbi memerlukan penglibatan di pelbagai peringkat, terutamanya di Perhimpunan Agung PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Dialog terbuka perlu sentiasa digalakkan bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsiran terhadap agama Islam dan umatnya," menurut kementerian itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan