Skip to main content

Dunia

Malaysia tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji isu kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks & South Ledge

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji isu kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks & South Ledge

Pedra Branca. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 24 Jan 2024 05:17PM Dikemas Kini : 24 Jan 2024 07:29PM
KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia pada Rabu (24 Jan) menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji isu-isu berkaitan kedaulatan pulau Batu Puteh, atau Pedra Branca,  Middle Rocks dan South Ledge

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kerajaan Mohd Zuki Ali berkata siasatan akan dilaksanakan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agung Malaysia.

Pertikaian sempadan melibatkan ketiga-tiga pulau itu merupakan satu isu yang sekian lama membelenggu hubungan Singapura dengan Malaysia.

Ia terletak di laluan utama kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata negaranya menyifatkan isu itu sebagai perkara yang penting dan mustahak.

”Bedasarkan perbincangan Kalam Jemaah Menteri, ia adalah satu perkara yang disifatkan penting dan mustahak antara lain kerana ia melibatkan isu sempadan yang melibatkan kedaulatan, raja-raja melayu," kata Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil.

Ketua Setiausaha Kerajaan Mohd Zuki Ali pula berkata suruhanjaya itu akan dianggotai oleh para pakar yang berpengalaman dalam ehwal kehakiman dan guaman serta pentadbiran awam.

Ini bagi mencegah sebarang isu membabitkan percanggahan kepentingan dengan mana-mana pihak.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa Pedra Branca milik Singapura sementara Middle Rocks milik Malaysia.

Kedaulatan South Ledge pula dipegang oleh wilayah yang terletaknya perairan yang dipertikaikan itu.
Sumber : Agensi berita/AY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita