Skip to main content

Dunia

Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat dakwaan libatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki

Kerajaan Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan serta perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat dakwaan libatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bercakap kepada media semasa sidang media pada 3 Disember 2025. (Gambar fail: CNA/Fadza Ishak)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 Feb 2026 05:29PM
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan serta perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Jurucakap Kerajaan MADANI Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

“Setelah selesai siasatan, maka akan dimaklumkan semula kepada Jemaah Menteri untuk sebarang tindakan susulan. Ini dalam usaha untuk kita memastikan aspek ketelusan dan integriti dalam menjalankan siasatan,” kata Encik Fahmi yang juga Menteri Komunikasi.

Dalam laporan Bloomberg sebelum ini, ia mendakwa Encik Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Encik Azam semasa sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya yang bernilai RM800,000 (S$258,470) dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Beliau dilaporkan berkata perkara itu tidak disembunyikan dan sudah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham berkenaan yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan pada tahun yang sama.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita