Skip to main content

Dunia

Malaysia tolak tuntutan pewaris Sultan Sulu untuk rampas aset negara di Belanda

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia tolak tuntutan pewaris Sultan Sulu untuk rampas aset negara di Belanda

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Malaysia, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Sep 2022 07:44PM Dikemas Kini : 30 Sep 2022 09:51PM
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini (30 Sep) menyatakan ia akan mencabar langkah yang diambil pewaris Sultan Sulu untuk merampas aset-aset negaranya di Belanda. Ini sebagai sebahagian daripada usaha pewaris tersebut untuk menuntut hak bernilai GBP$15 bilion (S$23.91 bilion) daripada kerajaan Malaysia

Pewaris Sultan Sulu pada Khamis (29 Sep) meminta keizinan daripada mahkamah Belanda untuk merampas aset-aset Malaysia di Belanda, di mana sebahagian syarikat terbesar Malaysia beroperasi, termasuk syarikat minyak milik negara Petronas.

Pewaris tersebut menyasarkan aset Malaysia di luar negara menyusuli keengganan pihak kerajaan untuk mengiktiraf keputusan tuntutan hak AS$15 bilion (S$21 bilion) oleh mahkamah Perancis pada Februari, di mana ia merujuk kepada perjanjian tanah pada 1878 antara sebuah syarikat British dan Sultan Sulu terakhir.

Malaysia menyatakan ia tidak mengiktiraf tuntutan pewaris serta keputusan mahkamah timbang tara, yang mana tidak ia sertai, sebagai menyalahi undang-undang.

"Malaysia akan melakukan apa sahaja demi melindungi kedaulatannya serta aset luar negara di mana ia berada," kata Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Jaafar.

Jurucakap waris Sultan Sulu bagaimanapun tidak memberi sebarang komen.

Encik Wan Junaidi menambah bahawa aset Petronas bukanlah aset kerajaan Malaysia.

"Ia merupakan suatu penyalahgunaan kuasa proses oleh mana-mana mahkamah untuk memastikan penguatkuasaan terhadap aset tersebut," katanya.

Kerajaan Malaysia merupakan satu-satunya pemegang saham Petronas dan memungut dividen daripada syarikat minyak itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita