Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 atas sebab kos
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: KBS)
KUALA LUMPUR: Malaysia pada Jumaat (22 mac) memutuskan untuk tidak menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atas sebab kos.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selepas Victoria, Australia mengambil keputusan menarik diri selepas memberikan alasan peningkatan kos penganjuran.
"Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026," kata menterinya Hannah Yeoh dalam satu kenyataan.
CGF sedang bergelut untuk mencari tuan rumah selepas Victoria menarik diri Julai lalu.
CGF menawarkan Malaysia dan tuan rumah berpotensi yang lain £100 juta (S$169 juta) untuk menganjurkan temasya sukan itu.
Tetapi kerajaan Malaysia berkata tawaran itu "tidak dijangka dapat menampung keseluruhan kos penganjuran acara sukan berskala besar", kata Cik Yeoh.
“Kerajaan mahu memberi tumpuan kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.
Keputusan mendadak Victoria, dan kurangnya alternatif yang jelas, mencetuskan perdebatan tentang masa depan Sukan tersebut, yang berlangsung setiap empat tahun dan kali terakhir diadakan di Birmingham pada 2022.
CGF pada awal bulan ini memuji "rekod prestasi hebat" Malaysia, yang pernah menganjurkan temasya itu -- yang kebanyakannya termasuk negara bekas tanah jajahan British -- pada 1998.
Bagaimanpun, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang didekati untuk menjadi tuan rumah temasya itu.
Singapura baru-baru ini berkata ia sedang menilai cadangan CGF.

Singapura yang menganjurkan perlumbaan malam Formula One setiap tahun bakal mengadakan Kejohanan Akuatik Dunia pada 2025.
Prospek Malaysia untuk menjadi tuan rumah telah mencetuskan perdebatan sengit.
Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia, Mohamad Norza Zakaria, menyifatkan ia sebagai "peluang sekali dalam seumur hidup" yang boleh meletakkan Malaysia kembali dalam peta sukan.
Bagaimanapun, keraguan mula muncul minggu lalu mengenai idea itu selepas pegawai kanan sekarang dan dahulu mengatakan keprihatinan mereka.
Mantan Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin, menolak idea itu dan menyebutnya sebagai "melulu" kerana ada sedikit sahaja masa untuk membuat perancangan.
Mana-mana tuan rumah memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk menaik taraf tempat, merancang penajaan dan menyediakan infrastruktur, katanya kepada AFP.
"Sukan Komanwel bukanlah acara sukan yang penting," tambahnya.
"Ia tidak hampir sama dengan Sukan Olimpik malah Sukan Asia dari segi penyertaan, pendedahan dan pulangannya," kata Encik Khairy.
Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia (1998) pernah menganjurkan temasya itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.