Malaysia tidak perlu terburu-buru keluarkan fatwa hukum makan daging kultur, kata Mufti Pulau Pinang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berpandangan tidak perlu terburu-buru mengeluarkan fatwa tentang hukum makan daging kultur sehingga diketahui secara jelas sumber sel tunjang atau penumbuhan tisu daging tersebut, lapor Sinar Harian.
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jawatankuasa itu juga akan memastikan terlebih dahulu bahan-bahan yang ditambah untuk penghasilan daging kultur serta kesannya ke atas kesihatan manusia sebelum mengeluarkan fatwa.
"Fatwa dalam isu sedemikian perlu didasarkan kepada beberapa kaedah fiqh seperti 'Ad-dharar yuzal' (menghindari kemudaratan), 'dar’ul mafsadah muqaddam ‘ala jalbil maslahah' (penyingkir kerosakan didahulukan daripada memperoleh kepentingan) dan sebagainya.
"Di samping itu, kita juga perlu menunggu fatwa atau pandangan daripada institusi-institusi fatwa berwibawa di peringkat global tentang isu tersebut seperti Asembli Fatwa Sedunia, Lembaga Fatwa Mesir di Universiti Al-Azhar dan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (4 Feb).
Kata Wan Salim lagi, buat masa kini, Malaysia masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa dalam isu berkenaan.
"Saya rasa, dalam konteks Malaysia, kita masih belum terdesak untuk mengeluarkan fatwa yang muktamad dalam isu daging kultur ini," tambahnya.
Pada Sabtu (4 Feb), sebuah agensi berita Singapura melaporkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mendapati daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat.
Keputusan mengeluarkan fatwa tersebut sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan yang mampan.
Pada masa yang sama, ia juga bertujuan menangani kebimbangan masyarakat Islam mengenai memakan produk makanan baharu seperti daging kultur, lapor Sinar Harian.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.