Malaysia tidak kesan sebarang kes mpox selepas lebih 2 juta pelawat disaring
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: Facebook
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pelawat yang disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga Selasa (27 Ogos).
Menurut KKM, sebanyak 33 kes disyaki mpox dilaporkan di kemudahan kesihatan, yang mana 32 kes disahkan negatif dan satu kes masih lagi menunggu keputusan makmal.
Pelawat dari negara berisiko dinasihatkan supaya membuat pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.
"Sebanyak 13 makmal mampu membuat ujian pengesanan mpox iaitu lapan makmal kerajaan dan lima makmal swasta, dua daripadanya berupaya membuat 'sequencing' maklumat genetik untuk mengesan varian virus yang dikesan," menurut kenyataan KKM pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, sebagai persediaan awal, KKM mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memaklumkan peranan masing-masing dalam aktiviti kawalan dan pencegahan jangkitan mpox.
Selain itu, sesi secara maya juga diadakan bersama Kementerian Luar dan perwakilan Malaysia di negara-negara Afrika bagi menggembleng kerjasama untuk mendapatkan serta menyampaikan maklumat kepada warga Malaysia yang berada di negara berkenaan.
KKM memaklumkan buat masa ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang nasihat atau syor untuk diadakan sekatan perjalanan.
"Sehubungan itu, individu yang melawat negara berisiko dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan kebersihan kendiri, mengelakkan kontak dengan individu yang bergejala atau haiwan yang sakit, segera merujuk kepada kemudahan kesihatan sekiranya bergejala serta mematuhi garis panduan dikeluarkan KKM dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Ancaman mpox juga perlu ditangani melalui pendekatan seluruh negara dan seluruh dunia serta kawalan kesihatan kendiri yang tinggi oleh setiap individu.
"KKM akan meneruskan kerjasama rapat dengan pihak WHO dan ASEAN bagi menguruskan situasi mpox," menurut KKM.
Penyakit mpox diisytiharkan sebagai Darurat Kesihatan Awam Global buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Penyebaran virus clade llb itu bermula pada 2022 dan berterusan sehingga hari ini termasuk di beberapa negara Afrika.
Terkini, penularan clade la dan clade Ib yang semakin meningkat telah menjejaskan Congo dan negara-negara lain di Afrika. Peningkatan itu kerana clade berkenaan lebih mudah merebak.
Kini, clade lb juga telah dikesan di luar Afrika iaitu di Sweden dan Thailand, masing-masing pada 16 dan 21 Ogos lalu serta melibatkan sejarah perjalanan ke Afrika.
Mpox lazimnya merebak antara manusia melalui kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.
Jangkitan juga berlaku melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox atau melalui pendedahan kepada cecair saluran pernafasan semasa hubungan intim.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.