Malaysia tidak anjur sambutan Tahun Baru sebagai tanda perpaduan dengan Palestin, mangsa banjir
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.
Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh Israel, dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.
"Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat," katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Kuala Lumpur pada Jumaat (31 Dis).
Terdahulu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad (31 Dis) di Masjid Negara, Kuala Lumpur, serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif untuk masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.